❤ kisah klasik masa depan ❤
AURAT???
cinta itu indah
Apa itu Cinta?
Apa yang kita faham tentang cinta sebenarnya.....Cinta itu adakalanya amat indah dan cinta juga adakalanya sungguh menyeksakan dan membuatkan sang pencinta akan menangis, gembira, berduka, tersenyum dan sebagainya. Apakah pengertian cinta sebenarnya?
Cinta itu Buta!
Benarkan cinta itu buta....atau butakah cinta! atau love is blind.......
Entah adakah yang setuju atau tidak dengan pernyataan "Cinta itu Buta", banyak yang mengata namakan CINTA akhirnya melakukan apapun untuk membuktikan CINTA itu. Akhirnya setuju berpendapat bahwa cinta memang buta. Cinta boleh membuatkan yang benci menjadi sayang, yang jauh terasa dekat dihati, sakit menjadi sebuah kenikmatan, bahkan kesalahan boleh menjadi satu kewajaran.
Tapi bagi mereka yang menggunakan logik akal, tentu sekali tidak setuju dengan istilah ini bahkan mereka beralasan bukan cinta yang buta melainkan mereka mem”buta”kan mata dan hati karena rasa cinta yang mereka rasakan.
Dengan alasan cinta buta ini, mereka ini mampu melakukan hal-hal yang “gila” kerana cinta. Misalnya, memutuskan untuk mengakhiri hidup disaat cinta yang ia jalani tidak berakhir dengan kebahagiaan, atau melawan kehendak orang tua yang tidak setuju dengan cintanya dan lari pergi sejauh-jauhnya dari orang tua yang telah menjaga dan mendidiknya sejak kecil, atau tega mengkhianati teman karib karena rasa cinta yang terpendam dalam hatinya terhadap pasangan teman karibnya, dan bermacam perkara lain yg mampu dilakukan kerana mengejar sebuah cinta suci.
Ini membuktikan bahwa bukan cinta yang buta, tapi orang yang bercinta itulah yang terkadang menjadi buta, buta mata hatinya karena cinta, sehingga dapat melakukan hal-hal yang gila dan tak terfikir oleh kita.
Setiap hari, kita melalui peredaran masa siang dan malam. Kadang-kala itu, kita juga lihat bagaimana langit yang pada awalnya cerah, biru dan bersih tiba-tiba menjadi gelap bersama tiupan angin yang kencang. Ianya samalah seperti kehidupan kita dalam bercinta . Adakala tenang setenang-tenangnya dan adakalanya berombak kuat porak peranda. Sesetengah orang ada kata,
"Untung Sabut Timbul Untung Batu Tengelam"
Begitulah juga dengan alam percintaan....adakala cinta mampu kita raih sehingga kejinjang pelamin dan adakala cinta terputus di tengah jalan. Tapi yang amat pasti cinta kepada manusia akan pupus bila sampai waktunya...hanya Cinta Kepada Sang Pencipta adalah cinta yang kekal hingga ke Akhirnya. Tepuk dada tanya selera....,mana pilihan anda? Fikir-fikirkanlah........
Romantik Itu Sunnah Nabi
Rasulullah Sollahhu 'Alaihi Wasallam (SAW) adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat ke-4 yang bermaksud : "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung."
Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menempatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda.
Isteri Sebagai Bukti
Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.
Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah-olah sedang menghayati novel cinta romantik.
Hantar Isteri Keluar Rumah
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata :
"Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)." [Hadis Bukhari dan Muslim]
Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa "Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta."
Bukakan Pintu Kereta
Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.
Bawa Isteri Jalan-Jalan
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa "Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya."
Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)
Suapkan Makanan
Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : "Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu." Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
Belaian & Bermanja
Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa :
"Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian."
Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa "Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid."
Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata "Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku."
Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa :
"Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW". (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.
Pengubat Hati
Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa :
"Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit." (Bukhari dan Muslim)
Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.
PERSAHABATAN
Kalau satu hari awak menangis,
beritahu saya,
saya tak janji nak buat awak tersenyum,
tapi saya boleh menangis bersama awak,
Kalau satu hari awak ada masalah,
awak bg tahu saya,,
saya tak janji nak bagi penyelesaian,
tapi awak boleh kongsi dengan saya
Kalau satu hari awak nak pergi berjalan,
bagitahu saya, saya bukan nak halang awak
tapi.....
saya boleh teman awak dan menjaga awak
Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar
cerite awak
saya janji saya akan ada untuk awak
Tapi kalau satu hari awak perlukan
saya, dan saya tak muncul- muncul
mungkin kerana ALLAH lebih
memerlukan saya
saat itu saya pula perlukan "hadiah" PERSAHABATAN
dari awak...♥
NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA
Dengarlah pesananan ini
1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.
2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.
^_^ ~ Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA ~ ^_^
✿ciri-ciri wanita pilihan lelaki ✿
1. Keanak-anakkan
sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.
Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
2. SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.
3. Penuh Pengertian
sikap penuh pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
4. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
5. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak ?
6. Pandai Berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
(◠‿◠)
~✿..Jika kamu MENANGIS kerana lelaki, berhenti dan cuba FIKIR kembali..
ADAKAH sebenarnya DIA yang kamu cari atau cintaNya?
ADAKAH yang bertapak di hatimu betul-betul CINTA SEJATI atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS?
BENDA manis pun ada tarikh luputnya tahu?
ADAKAH insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak?
BOLEH pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA?
BOLEH MEYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA MU? ✿~
~✿ KESAT air mata itu.. Sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING, Sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI.. Lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu.. BERSABARLAH, berhenti menangis, BERHENTI berharap pada yang tidak pasti.. YAKIN dengan JANJI ALLAH.. Orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK..(◠‿◠) ✿~
Aku bukanlah seorang gadis yang CEREWET
✿~ Aku bukanlah seorang gadis yang CEREWET dalam memilih PASANGAN HIDUP..siapalah diriku ini untuk MEMILIH berlian sedangkan aku hanya SEBUTIR PASIR yang wujud di mana-mana..tetapi aku juga punyai KEINGINAN seperti gadis lain, DILAMAR lelaki yang bakal dinobat sebagai AHLI SYURGA, memimpinku ke arah tuju yang satu..bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan..tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku PERLUKAN..aku akan berasa amat BERTUAH andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran PERJUANGANMU..~✿
✿~ Andainya kamu adalah JODOHKU yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa KASIH di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita BERPANDANGAN kelak..BAHAGIA itu pasti menjadi MILIK kita, itu janji Allah.. ~✿
JODOH dan PERTEMUAN
JODOH dan PERTEMUAN semuanya dari Allah.. Adakalanya, kita diberi PETUNJUK melalui mimpi.. Mimpi adalah mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan solat Istikharah dan memohon dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH supaya Allah memberikan petunjuk, insyaAllah dengan izinNya kita mendapat mimpi petunjuk.. Kadangkala petunjuk dalam bentuk RASA HATI.. Jika dia pilihanmu, buatlah KEPUTUSAN sebaiknya.. Jika tidak, TOLAKLAH dia dengan BAIK..
Seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai, maka cintailah sesuatu yang kamu miliki..
Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta..
Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang mmberi PANDUAN untuk bercinta..♥♥♥
Subscribe to:
Posts (Atom)